Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua ikon K-pop terkenal iaitu Taeyang dan Suho tiba di Lapangan Terbang Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

BSMF2023: Hari pertama berakhir, nantikan penangan Taeyang, Suho hari ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Okt: Borneo Sonic Music Festival 2023 hari pertama telah melabuhkan tirainya menandakan pengunjung turut dijanjikan dengan persembahan dua ikon K-pop terkenal iaitu Taeyang dan Suho, pada malam ini.

Ketibaan Taeyang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada sekitar 8.30 malam semalam telah menyuntik keterujaan ramai yang bakal membanjiri Stadium Sarawak nanti.

Tidak kurang juga keghairahan peminat tegar ahli Exo, iaitu Suho, menunggu persembahannya  yang juga telah tiba di Kuching, Sarawak Jumaat malam.

Selain Suho dan Taeyang, Dolla, Havana Brown dan Belle Sisoski serta ramai lagi artis-artis lain bakal memeriahkan hari kedua dan sekali gus menutup tirai BSMF2023.

Terdahulu, hari pertama telah membariskan persembahan daripada Ning Baizura, Hyo, Fatman Scoop dan ramai lagi.

Sementara, kemunculan CL di akhir festival berjaya mengekalkan para pengunjung untuk tidak melangkah keluar daripada stadium itu dan terus setia menunggu sehingga kesemua persembahan selesai.

Untuk makluman, mereka yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket BSMF2023 boleh berbuat demikian di kaunter yang terletak di hadapan pintu masuk stadium.

Ikuti perkembangan BSMF2023 di laman sesawang tvstv.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByOdleen Catherny-
ByOdleen Catherny-
ByOdleen Catherny-