Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara artis di Borneo Sonic Music Festival 2023, Chaelin ataupun lebih dikenali sebagai CL membuat kejutan dengan melontarkan lagu-lagu dari zaman ‘bandmate’ 2ne1. Foto: Faitullah Morni (TVS)

BSMF bakal diadakan setiap tahun

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Okt: Pengarah Urusan BME International (Malaysia) Sdn Bhd, Steven Au yang merupakan pengasas Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 menjanjikan siri-siri muzik festival tersebut yang seterusnya.

Bagaimanapun, katanya, untuk perancangan jangka pendek ini, pihaknya akan menganjurkan program-program berskala kecil dahulu seperti konsert solo kumpulan-kumpulan ataupun artis dan juga meet and greet.

“Mungkin ini akan membabitkan 2,000 hingga 3,000 orang dengan lokasi yang lebih kecil.

“Ia akan menjadi satu konsert yang intim antara artis dan peminatnya, mungkin dari kalangan artis-artis otai,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Untuk jangka panjang pula katanya, pihaknya akan menganjurkan BSMF yang kedua pada tahun hadapan, dengan kelainan tersendiri yang mana bukan hanya mengkhusus kepada K-Pop.

“K-Pop mungkin ada seorang dua dan yang lain pula mungkin dari Amerika Syarikat, China, Thailand dan sudah tentu Indonesia,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, campuran artis-artis dari pelbagai negara adalah kerana beliau mahu muzik festival ini dikekalkan pada standard antarabangsa.

“Kita ada pelbagai budaya jadi kita boleh menarik mereka yang suka pelbagai muzik genre seperti K-Pop, RnB, Hip Hop, EDM dan sebagainya,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan