Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berucap ketika menghadiri Majlis Town Hall Kontinjen Sarawak di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini. Foto: TVS

500 pegawai dan anggota polis bertugas pastikan kelancaran PRK DUN Jepak

KUCHING, 7 Okt: Seramai 500 pegawai dan anggota polis Sarawak akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri, penambahan kekuatan anggota bergantung kepada situasi semasa.

Tambah Azman, setakat ini pihaknya masih dalam proses kajian untuk menyediakan peruntukan bagi persiapan PRK berkenaan.

“Kita telah bersiap sedia dengan kekuatan petugas sepanjang penamaan calon, kempen dan juga seramai 500 pegawai dan anggota akan terlibat. Selain itu, kita masih lagi dalam kajian sama ada kita memberikan penambahan kekuatan dan masih lagi dalam tempoh kajian untuk menyediakan peruntukan.

“Insya-Allah minggu depan saya akan keluarkan kenyataan media, kita ambil daripada IPD Bintulu dan juga daerah yang berdekatan Bintulu untuk penugasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Town Hall Kontinjen Sarawak di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

Terdahulu, Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak ditetapkan pada 4 November depan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 21 Oktober manakala 31 Oktober adalah sebagai Undi Awal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan