Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Menandatangani MoU bagi Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: UKAS

Sarawak manfaat AI dan integrasi robot dalam persediaan menghadapi pandemik

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Okt: Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif untuk melindungi penduduknya daripada pandemik pada masa hadapan dengan menekankan peranan penting kecerdasan buatan (AI) dan integrasi robotik dalam sektor kesihatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan kepentingan inisiatif ini semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) yang merupakan anak syarikat Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC).

“Di Sarawak, saya telah mengadakan persidangan bersama semua pakar AI. Terdapat peralihan AI kepada AI generatif. AI dapat mengkategorikan pelbagai data dan data ini sekali anda mempunyai data asas, mungkin anda dapat mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

“Mereka juga baru-baru ini mendemonstrasikan bagaimana robot yang bernama Grace menjalankan tugasnya untuk menjaga pesakit melalui penjagaan kesihatan,” katanya kepada pemberita semasa menandatangani MoU dengan SIDC di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau telah mencadangkan kepada para saintis, ahli robotik untuk bekerjasama dengan SIDC.

“Semasa pandemik ia boleh menjadi merbahaya kepada semua orang dengan penyebaran yang cepat, kita boleh menggunakan robot. Setidak-tidaknya, mereka tidak boleh menyebarkan penyakit untuk menjaga pesakit,” katanya.

Sementara itu, majlis MoU berkenaan melibatkan kerjasama SIDC dengan pelbagai rakan antarabangsa, termasuk Pusat Phenome Kebangsaan Australia (ANPC), AMILI Singapura, Universiti Monash Malaysia (MUM), Pacific Biosciences USA (PacBio), Numares AG (Jerman) dan Agilent Technologies Malaysia (USA).

Melalui MoU tersebut, SIDC memulakan program penyelidikan dan pembangunan sumber manusia dalam bidang penyakit berjangkit.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha peningkatan keupayaan Sarawak yang menumpukan terhadap penyelidikan dan pembangunan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak berharap dapat menjalankan penyelidikan mendalam mengenai penyakit tropika, mengambil kira perbincangan terkini mengenai ancaman penyakit X.

Tanpa mengira pandemik seterusnya, semua pihak mesti bersedia. Pengalaman berhadapan COVID-19 mengajar agar sentiasa bersedia.

Justeru, Abang Johari menggesa SIDC untuk menjalankan penyelidikan dan persediaan untuk pandemik seterusnya.

“Pandemik adalah perkara yang sukar diramalkan dan berubah dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, kerajaan Sarawak bersedia untuk memperuntukkan bajet bagi menubuhkan pusat penyelidikan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan bahawa kami bersedia dengan baik jika penyakit baru muncul,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan