BINTANGOR, 6 Okt: Rumah panjang James Brandah, Muara Bunut Bintangor di sini terbakar 100 peratus pada petang tadi.
Menurut info Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini, laporan kebakaran rumah panjang tujuh pintu itu telah diterima pada 3.30 petang tadi seterusnya kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 4.26 petang, pada Sabtu.
Laporan turut menyatakan blok rumah bersebelahan iaitu kira-kira lima meter telah berjaya diselamatkan pihak bomba.
“Rumah persedirian yang berdekatan turut terjejas iaitu dianggarkan tiga buah rumah terbakar 40 peratus, dewan terbakar 50 peratus dan kesemuanya jenis struktur yang tidak kekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat berita ini ditulis pihak bomba masih menjalankan operasi pemadaman punca kebakaran.
“Setakat ini, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -TVS