Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jojo mencatatkan kejayaan manis apabila meraih kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 (RM460,000).

Pukulan KO Jojo raih kontrak ONE Championship

BySaibi Gi

KUCHING, 6 Okt: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mencatatkan kejayaan manis apabila meraih kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 (RM460,000).

Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo menumbangkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev di Stadium Lumpinee Boxing, Bangkok, malam ini.

Anak muda berusia 16 tahun itu dari Rentap Muay Thai Gym, di sini, merupakan peninju termuda berjaya meraih kontrak berprestij itu.

Jojo yang menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) turut memenangi hadiah 350,000 baht (kira-kira RM44,000).

Ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship.

Perlawanan itu disiarkan secara langsung menerusi laman sosial penganjur.

Susulan kemenangan itu, ruangan Facebook Rentap Muay Thai Gym dipenuhi dengan ucapan tahniah kepada jaguh muda itu.

Facebook Muay Thai Malaysia berkata, Jojo dan Rentap Muay Thai telah membawa nama Malaysia ke seluruh dunia melalui media sosial yang ditonton lebih 190 negara.

“Juara negeri, kebangsaan, SUKMA, Remaja Dunia Ifma dan atlet negara paling berjaya setakat ini di arena profesional Muay Thai antarabangsa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan