Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penerangan kepada wakil-wakil SIDC dan rakan-rakan institusi bioperubatan antarabangsa. Foto: UKAS

Potensi tumbuhan tradisional kaum Penan dalam bioperubatan dikenal pasti – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Okt: Perubatan tradisional seperti amalan komuniti Penan berpotensi memberi sumbangan kepada penyelidikan bioperubatan di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menyatakan Sarawak kini sedang mengenal pasti tumbuhan yang digunakan dalam perubatan untuk penyelidikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Semasa saya bersama komuniti Penan di hutan, saya mendapat pandangan tentang sifat perubatan sesetengah tumbuhan, pengetahuan yang sering kali tidak mempunyai pengesahan saintifik.

“Jika kita boleh mengesahkan secara saintifik keberkesanan ubat-ubatan ini, mereka boleh menjadi sumber berharga untuk merawat pelbagai penyakit. Kerjasama ini dijangka memberi sumbangan besar kepada penyelidikan bioperubatan di Sarawak.

“Pada suatu ketika, semasa saya bersama pemimpin komuniti itu, saya bertanya mengapa mereka tidak terlibat dalam pembangunan arus perdana kita, termasuk memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sambil menekankan bahawa inisiatif itu seiring dengan rangka kerja Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak, seperti yang ditekankan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian bagi Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Abang Johari juga berkongsi perbincangan beliau dengan komuniti Penan berkaitan rawatan sekiranya mereka digigit oleh ular berbisa, yang mana komuniti tersebut mendedahkan kewujudan satu pokok tertentu, di mana daunnya akan ditumbuk dan digunakan pada kawasan yang digigit untuk merawat pesakit.

“Dengan kata lain, terdapat sifat perubatan dalam daun pokok tertentu yang belum dikenal pasti secara saintifik.

“Kejadian ini meninggalkan kesan mendalam pada saya, menonjolkan bahawa masih banyak tumbuhan yang terdapat dengan nilai perubatan yang diketahui oleh komuniti tempatan tetapi belum mendapat pengesahan saintifik,” ujarnya.

Oleh itu, melalui bukti saintifik menurut Abang Johari, tumbuhan-tumbuhan berkenaan berpotensi menjadi sumber ubat, sekurang-kurangnya untuk menghapuskan racun dalam aliran darah.

Melalui penyelidikan dijalankan oleh pakar, ia dijangka memberi sumbangan besar kepada perkembangan bidang perubatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan