Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan ketika ditemui TVS. Foto: TVS

Makmal prototaip MTDC,SDEC bakal beroperasi tidak lama lagi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 Okt: Makmal prototaip yang dibangunkan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bakal dilancarkan sedikit masa lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan mendedahkan pihaknya kini sedang giat menjalankan kerja-kerja dari peringkat akar umbi bersama SDEC dan beberapa agensi lain di Sarawak.

“Makmal itu masih giat dikembangkan, masih lagi bekerja dengan SDEC dan beberapa agensi lain di Sarawak. Jadi, saya fikir kita akan lancarkan makmal prototaip itu sedikit masa lagi. Tetapi kita telah bawakan kebanyakan syarikat dan rakan kongsi untuk melihat perkembangan makmal tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS pada Majlis Makan Malam Gala World Congress on Innovation Technology (WCIT) dan International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2023 di sini, pada Khamis.

Mohammad Hazani dalam pada itu memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam usaha untuk menubuhkan Pusat Pengubahsuaian yang bertapak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Beliau juga berharap agar Pusat Pengubahsuaian itu dapat beroperasi seawal suku pertama tahun hadapan.

Selain itu beliau turut memberitahu bahawa pihaknya akan melaksanakan latihan yang lebih banyak dan lebih kerap untuk bakat-bakat tempatan.

“Kita akan melakukan lebih banyak lagi (latihan dan program) untuk melatih anak Sarawak. Sudah tentu kita juga akan membawa mereka ke Semenanjung Malaysia untuk latihan.

“Ia bukan seperti program sehenti tetapi kami akan meneruskan program ini dengan SDEC dan selain itu kami juga membawa banyak syarikat dari Semenanjung ke bahagian Timur Malaysia ini untuk latihan dan juga untuk bekerja dalam program tertentu dengan syarikat dan syarikat permulaan di Sarawak,” tambahnya lagi.

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan