Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan yang dinaiki empat beranak yang hilang kawalan sebelum terbabas ke pinggir jalan di Batu 25 Jalan Bintulu-Miri petang tadi. Foto: BBP Bintulu

Kenderaan terbabas, empat sekeluarga nyaris maut di Jalan Bintulu-Miri

BINTULU, 6 Okt: Empat sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Batu 25, Jalan Bintulu-Miri dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang itu, seorang pemandu wanita dan seorang anak lelakinya cedera parah manakala dua lagi anaknya cedera ringan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu. Penguasa Kanan Bomba (PgKB II) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama 10 pegawai dan anggota kemudian ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Pajero terbabas ke pinggir jalan.

“Mangsa seorang wanita berusia 38 tahun, didapati tersepit di tempat duduk pemandu manakala tiga anaknya berusia antara 12 dan tiga tahun telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi dari Balau Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu kemudian bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Pemandu wanita telah berjaya dikeluarkan dalam tempoh 15 minit dan seterusnya pihak kami menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Bintulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Kamarudin berkata kenderaan difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menjemput anak pulang dari sekolah.

Operasi ditamatkan pada jam 5.26 petang selepas pihak bomba memastikan keadaan di tempat kejadian selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan