Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung dalam dan luar negara. Foto: Faitullah Morni (TVS)

BSMF 2023: Stadium Sarawak meriah dibanjiri peminat muzik dalam, luar negara

ByYusuf Shukri

KUCHING, 6 Okt: Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 yang membuka tirai malam ini mendapat sambutan meriah daripada peminat muzik dari dalam dan luar negara.

Keghairahan pengunjung dapat disaksikan dengan kehadiran mereka membanjiri perkarangan Stadium Sarawak seawal jam 2 petang  tadi untuk menjadi antara yang terawal masuk ke konsert berkenaan.

BSMF 2023 terima sambutan menggalakkan.

Sejurus pintu masuk dibuka  jam 4.30 petang tadi untuk memberi laluan kepada pengunjung berhibur bersama Afick Wazai dengan DJ set beliau telah menghangatkan suasana malam pertama konsert itu.

Tinjauan TVS menemui Jericho Leo, 18, dari Sabah yang menzahirkan keterujaannya untuk menyaksi persembahan kesemua artis kegemarannya beraksi dua malam ini.

Jericho Leo, 18, dari Sabah. Foto: TVS

“CL, Hyo, Taeyang, Suho dan Dolla… saya sangat meminati mereka semua dan saya tidak sangka mereka akan membuat persembahan di Sarawak dalam satu festival sebegini rupa.

“Saya harap BSMF akan diteruskan lagi dan ingin melihat ramai lagi artis K-pop membuat persembahan di tanah air kita,” ujarnya sambil menunjukkan tarian ‘Damelo’ dari Dolla selepas ditemu bual.

Turut senada, Khai Zu, 23 dari Kuching yang teruja untuk menonton artis tempatan seperi Guccimith, & Zhe Kamil berkongsi pentas bersama artis antarabangsa K-pop dan Hollywood.

Khai Zu peminat hip hop mahu artis seperti Drake, Tyler the Creator untuk menyeri BSMF Yang akan datang. Foto: TVS

“BSMF2023 memberi platform kepada artis-artis tempatan untuk mendapat pendedahan kepada bukan sahaja penonton, tetapi juga kepada artis-artis ternama ini untuk mengenali karya mereka,” kata Khai Zu yang mengenakan pakaian ala hipster dan baju yang direka oleh rakan beliau sendiri.

Khai dalam pada itu juga berharap artis lain seperti Drake, Zico, Tyler the Creator, Bobby akan datang pada siri BSMF pada tahun-tahun yang akan datang.

Seorang lagi peminat tegar K-pop, Ulya Amani Halim Cheng mengakui dirinya sudah lama menanti saat ini sejak berumur tujuh tahun lagi.

Ulya Amani Halim Cheng, peminat tegar Kpop sejak beliau 7 tahun. Foto: TVS

Beliau meminati Hyo dan CL sejak mereka mula berkecimpung dengan kumpulan masing-masing iaitu Girls’ Generation dan 2NE1.

“Jika ada peluang saya mahu Blackpink untuk menggegarkan bumi Kenyalang, ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat mengujakan dan tidak dapat dilupakan,” tambah Ulya lagi.

Antara artis yang membuat persembahan pada hari pertama BSMF2023 adalah CL, Hyo, Fatman Scoop, Ning Baizura, Andi Bernadee, Keeyushee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan