Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serian diumumkan sebagai salah satu lokasi penganjuran SUKMA 2024. Foto hiasan: TVS

Serian antara lokasi penganjuran SUKMA 2024

ByTVS

KUCHING, 5 Okt: Serian diumumkan sebagai salah satu lokasi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, menjadikan sembilan bahagian terlibat dengan penganjuran sukan tersebut.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebelum ini beliau mengumumkan SUKMA akan dianjurkan di lapan bahagian di Sarawak.

“Ia (Serian) akan menjadi satu lagi bahagian yang turut serta menjadi satu lagi lokasi penganjuran SUKMA pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Lapan lokasi yang ditetapkan sebelum ini adalah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri sebagai venue penganjuran 37 acara sukan yang dipertandingkan pada temasya tersebut.

Abdul Karim berkata, kerajaan negeri juga telah memuktamadkan peruntukan dana untuk penganjuran, menaik taraf kemudahan venue dan bagi tujuan persiapan atlet-atlet terlibat.

Sarawak juga katanya, bakal menganjurkan acara Sukan Sarawak (SUKSAK) pada penghujung tahun ini sebagai persediaan dan persiapan atlet untuk menghadapi temasya SUKMA 2024 itu nanti.

Penganjuran acara sukan tersebut akan membantu memberikan pendedahan serta pengalaman kepada atlet-atlet Sarawak suasana persaingan sebenar dalam temasya SUKMA 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan