Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyempurnakan Perasmian Persidangan Sains dan Teknologi Semula Jadi (NASTEC) 2023 di sini hari ini. Foto UKAS.

Sarawak salur dana besar tingkatkan kepakaran biodiversiti – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Okt: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana yang besar bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang biodiversiti dan teknologi moden, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, langkah berkenaan diambil bagi menjaga warisan semula jadi.

Inovasi sisa sagu jadi bahan api

Kata beliau, Sarawak memerlukan pakar untuk menjalankan penyelidikan seiring dengan pembangunan teknologi dalam bidang berkaitan.

“Apabila kita bercakap tentang biodiversiti, kita perlu menganalisis sifat tumbuhan dan penyelidikan boleh dilakukan.

“Dari situ, kita boleh menggunakannya untuk menghasilkan produk baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Sains dan Teknologi Semula Jadi (NASTEC) 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, dalam usaha Sarawak membangunkan biodiversiti, penting bagi saintis terlibat mengesyorkan perkara yang perlu dilakukan susulan penemuan penyelidikan mereka.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperluas penyelidikan kepada tumbuhan sagu dan sisa pembuangan.

“(Baru-baru ini) saya berjumpa dengan pakar tumbuhan sagu, mereka sedang mengkaji pengeluaran metana daripada sagu yang merupakan tumbuhan liar.

“(Apa yang kita perlukan) teknologi untuk melipat ganda pertumbuhan sagu dan menggunakannya sebagai tenaga,” katanya lagi.

Pada majlis itu Abang Johari turut melancarkan UNIMAS Sago Research Coffee Table Book serta menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) membabitkan universiti itu dengan Sarz Al-Yahya Corporation Sdn Bhd dan Universiti Christ, Bengaluru, India. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan