Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia (MYCSI) menawarkan pengajian peringkat diploma dan sijil dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. Foto: MYCSI

MYCSI lahirkan tenaga mahir anggota penguat kuasa

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Okt: Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia (MYCSI) menawarkan pengajian peringkat diploma dan sijil dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.

Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata MYCSI yang terletak di Cyberjaya merupakan satu-satunya kolej yang menawarkan pengajian bagi laluan kerjaya skim perkhidmatan unit beruniform di Malaysia.

“Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia ini menjadi salah satu platform yang dapat menyumbang dalam latihan penguatkuasaan undang-undang negara.

“Fokus utama kolej akan tertumpu ke arah merealisasikan kemakmuran negara dengan melahirkan pelapis negara bagi keperluan di masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Diploma Kepolisan, Diploma Imigresen dan Rentas Sempadan, Diploma Anti-Rasuah dan Tadbir Urus, Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang dan Sijil Penguatkuasaan Undang-Undang.

MYCSI menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan rentas sektor penguatkuasaan untuk penempatan latihan industri serta tenaga pengajar sebagai pemeriksa luar dan penasihat program.

Penubuhan kolej ini juga adalah selari dengan pembangunan pengajian tinggi negara.

Mohammad Fuzi berkata MYCSI juga telah diberi kepercayaan penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjalankan pelbagai program pendidikan berkaitan.

“Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di kolej pengajian ini akan mengikuti modul-modul tertentu, yang kita rangka, tentunya relevan dan komprehensif bagi memenuhi pasaran pekerjaan kini dan akan datang,” katanya.

Sesi pemilihan kemasukan bagi MYCSI akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

  • 19 Oktober 2023: Dewan Ruai Kenyalang, IPD Miri Polis Diraja Malaysia, Jalan Pujut, Miri
  • 20 Oktober: Dewan Serbaguna Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Stesen Bintulu, Bintulu
  • 21 Oktober: Dewan Pengaman IPD Sibu Polis Diraja Malaysia, Jalan Tun Abang Hj Openg, Sibu
  • 22 Oktober: Dewan Serbaguna Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Jalan Setia Raja, Kuching
  • 4 November: Dewan Ruai Kenyalang IPD Miri Polis Diraja Malaysia, Jalan Pujut, Miri
  • 5 November: Dewan Serbaguna Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Jalan Setia Raja, Miri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan