Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sistem kebolehkesanan penting bagi memastikan sesuatu perniagaan dapat dijalankan secara telus terutamanya dalam industri halal. Foto TVS.

Kebolehkesanan maklumat produk beri keyakinan kepada pengguna

ByDouglas Elliot

KUCHING, 5 Okt: Sistem kebolehkesanan penting bagi memastikan sesuatu perniagaan dapat dijalankan secara telus terutamanya dalam industri halal.

Pengasas bersama syarikat pemula Sinisana, Jonah Lau berkata, kebolehkesanan akan membantu meyakinkan pengguna apabila sesuatu produk menyediakan maklumat terperinci termasuk sumber penghasilan.

“(Sebagai contoh) kebolehkesanan daging Halal memberi jaminan kepada pengguna Islam bahawa daging dibeli di pasar raya boleh dikesan maklumanya termasuk rumah penyembelihan.

“Itu sangat penting bagi pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua Penganjuran Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT/IDECS) 2023, hari ini.

Pada masa sama, Jonah berkata, kebolehkesanan turut memberi impak positif kepada golongan pengeluar seperti petani untuk mendapat bayaran  setimpal.

“Kerap kali apabila kita bercakap mengenai kebolehkesanan, ia lebih menjurus kepada pergerakan produk, namun kita menawarkan perkhidmatan lebih daripada itu. Syarikat kami juga melakukan pengesanan pembayaran kepada para petani,” tambahnya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau memberi contoh mengenai projek syarikatnya bersama penduduk Sarawak serta Pusat Kepelbagaian Biologi membolehkan mereka mengesan pembayaran kepada para petani.

“Di sini, ketelusan amat membantu petani kecil,” tambahnya.

Di Sarawak, kebolehkesanan telah diterapkan oleh Sara-Bif Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam rantaian bekalan bagi memastikan mutu dan kualiti produk keluarannya terjamin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan