Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah disyaki jenis syabu seberat 287.5 gram dirampas daripada dua suspek di Tudan pada Selasa. Foto: JSJN IPK Sarawak

Ibu dan anak disyaki edar dadah, polis rampas syabu RM57,500 di Tudan

MIRI, 4 Okt: Polis menahan ibu dan anak kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah semalam.

Kedua-dua suspek rakyat tempatan yang masing-masing berusia 60-an dan 39 tahun itu ditahan di kawasan perumahan di Tudan, pada 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan  dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Hasil serbuan itu, polis telah merampas satu kotak berwarna putih kebiruan dan dua beg plastik hitam yang mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu.

“Dadah itu dianggarkan seberat 287.50 gram dengan nilai RM57,500,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, polis turut menyita sebuah motosikal jenama Benelli dan aset milik kedua-dua suspek dan wang tunai RM88,478.

Menurut Alexson Naga, nilai keseluruhan barang kes dan sitaan mencecah RM145,978.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan