Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kombinasi gambar menunjukkan dua bot nelayan tempatan ditahan Maritim yang disyaki melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari jarak dibenarkan. Foto: Maritim Malaysia

Dua bot nelayan ditahan, langgar syarat lesen

BINTULU, 5 Okt: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Bintulu menahan dua bot nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari jarak dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata ketika diperiksa, bot-bot berkenaan sedang leka menangkap ikan pada jarak lebih kurang enam batu nautika dari Tanjung Payung, di sini sekitar 6.17 pagi, semalam.

“Hasil penggeledahan ke atas kedua-dua bot tersebut, bot pertama dinaiki empat kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 23 hingga 64 tahun yang mana dua kru termasuk tekong warga tempatan dan dua kru warga Indonesia.

“Bot kedua (dinaiki) seramai enam kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 20 hingga 53 tahun yang terdiri daripada dua kru termasuk tekong warga tempatan dan empat kru warga Indonesia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kedua-dua bot terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 manakala kesemua kru warga Indonesia ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa dan seterusnya di bawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut.

Hasil laut kedua-dua bot berkenaan dianggarkan 1,500 kilogram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak dibenarkan yang boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Kru warga asing yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan amat mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan