Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada sidang media Borneo Opera Festival 2023 hari ini. Foto TVS.

Borneo Opera Festival 2023 tampilkan keunikan muzik klasik

KUCHING, 5 Okt: Peminat muzik opera di Sarawak berpeluang menyaksikan persembahan itu pada Borneo Opera Festival 2023 yang akan berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 12 hingga 15 Oktober ini.

Festival yang turut merangkumi konsert gala dan persembahan orkestra opera itu bakal menampilkan persembahan oleh Meastro Bariton dari Itali, Alfio Grasso dan penyanyi soprano kelahiran Sarawak, Jeanne-Marie Druce.

Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran festival itu merupakan langkah ke hadapan Sarawak untuk menjadi antara hab muzik opera di Asia Tenggara.

“Apa yang kita cuba lakukan ialah memupuk minat terhadap kepelbagaian irama muzik,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Abdul Karim menambah, festival tersebut yang kali pertama dianjurkan Sarawak diharap dapat menimbulkan minat masyarakat tempatan terhadap kepelbagaian genre muzik.

Pada masa sama beliau berkata, menjadi tanggungjawab kementeriannya dan agensi yang mengawal selia industri kreatif dan seni persembahan untuk membina dan menggalakkan minat masyarakat terhadap seni tersebut. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan