Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi pertukaran MoU antara The Learning Curve dan MYNIC Berhad disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Foto: Odleen Catherny (TVS)

50 sekolah rendah terpilih di Sarawak bakal miliki laman web sendiri

ByOdleen Catherny

KUCHING, 5 Okt: Sebanyak 50 sekolah rendah terpilih di Kuching, Padawan dan Serian akan dibangunkan dengan portal bersepadu mulai tahun hadapan dengan kerjasama The Learning Curve dan MYNIC Berhad.

Pengasas The Learning Curve, Kenneth Chai berkata, portal berkenaan kelak akan mempromosikan kepentingan kemajuan digital dalam pendidikan.

“Menjelang hujung tahun ini, kami ingin mewujudkan sekolah tanpa tunai yang pertama, menggunakan digital sepenuhnya.

Pemimpin organisasi jangan ragu penggunaan AI dalam operasi

“Ini akan menjimatkan masa, kos dan seterusnya mengurangkan beban guru terutamanya dengan kerja-kerja pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MYNIC Berhad dan The Learning Curve di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad, Datuk Hasnul Fadhly Hasan memaklumkan pihaknya akan memberikan sokongan bagi membekalkan keperluan untuk mewujudkan laman sesawang tersebut.

Pemimpin organisasi jangan ragu penggunaan AI dalam operasi

Jelas beliau ini termasuk menaja nama domain “edu.my” untuk sekolah-sekolah terlibat dalam projek rintis itu.

“Apabila 50 sekolah yang pertama selesai, kita akan melihat kemungkinan model sama boleh dilaksanakan di negeri lain,  mungkin boleh direplikasi sebagai model lestari,” jelasnya.

Majlis pertukaran MoU bagi memperkasa inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) antara MYNIC Berhad dan The Learning Curve disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Ia berlangsung sempena Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) Ke-27 dan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan