KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas ketika berada di Siam Paragon Mall yang digemparkan dengan kejadian tembakan rambang membunuh tiga orang petang tadi.
Menurut Tunku Ismail, orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah berkenan apabila penembak mula melepaskan tembakan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian tembakan di pusat beli – belah di Bangkok
Kongsi baginda, keadaan sangat bising kerana bunyi jeritan.
“Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu (dan segera) membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.
Menurut pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim itu, pada saat genting itu baginda perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran.
“Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya yang semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba,” kongsi baginda.
Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian tembakan di pusat beli – belah di Bangkok
Pihak berkuasa Thailand hari ini mengesahkan dua rakyat China dan seorang warga Myanmar maut dalam kejadian itu.
Seorang remaja berusia 14 tahun yang dipercayai menghadapi masalah mental terlibat dengan jenayah itu berjaya ditahan oleh Polis Thailand.
Kedutaan Malaysia di Bangkok mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa namun memantau secara rapat kes berkenaan.
Menurut Tunku Ismail, baginda menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatannya untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa keluarga baginda ke lokasi jauh dari tempat tersebut.
@tvstvmy Sekurang-kurangnya 3 maut, 4 cedera dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa. 📹TVS & AFP Layari tvstv.my/news & tonton TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV & Astro. #TVS122 #TVSNews #BeritadiTiktok
“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia dan pemandu memberitahu Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.
“Kini kami selamat berada di kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami,” jelas baginda.
TMJ memaklumkan, baginda sekeluarga akan ke lapangan terbang untuk pulang ke Johor.
“ Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga dan pasukan kami selamat. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui,” kongsi baginda. – TVS