KUCHING, 4 Okt: Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises menyalakan harapan tambahan pingat kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Asia ke-19 Hangzhou apabila mara ke final acara 10 meter platform lelaki.
Aksi di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi menyaksikan Bertrand Rhodict menamatkan pusingan kelayakan di tempat kelima dengan mengumpul 401.05 mata.
Olimpik Paris 2024: Berlatih sejak umur empat tahun, kata Bertrand
Atlet kelahiran Sarawak itu yang sudah layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 melengkapkan enam terjunan dengan meraih mata tertinggi 76.80 pada terjunan kedua.
Pada 1 Oktober lepas, Bertrand Rhodict yang membuat penampilan kali pertama pada pentas Sukan Asia berjaya meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama lelaki bersama Enrique Maccartney Harold.
Olimpik Paris 2024: Berlatih sejak umur empat tahun, kata Bertrand
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Jellson Jabillin turut berpeluang merebut pingat acara berkenaan apabila layak ke final dengan menduduki tempat keempat.
Seperti dijangka, dua penerjun China mendominasi kedudukan teratas.
Olimpik Paris 2024: Berlatih sejak umur empat tahun, kata Bertrand
Yuming Bai jauh meninggalkan 12 pesaing lain apabila memungut 510.74 mata diikuti Hao Yang di tempat kedua dengan 495.50.
Wakil Jepun, Rikuto Tamai pula ditempat ketiga dengan 438.20 mata.
Setakat ini kem terjun telah menyumbang sebutir perak dan empat gangsa kepada kontinjen Malaysia. -TVS