Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar SMA, Dato’ Dr. Anderson Tiong Ing Heng bersama Naib Presiden Jualan Wilayah Asia Pasifik IDEMIA Malaysia Sdn. Bhd, Gaurav Gupta merakam kenangan selepas menandatangani MoU Sarawak Digital di Ibu Pejabat SMA, Kuching. Foto: Lembaga Multimedia Sarawak

SMA, IDEMIA Malaysia bekerjasama jayakan Digital Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Okt: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mengumumkan kerjasama dengan IDEMIA Malaysia untuk membangunkan pelan perlaksanaan komprehensif inisiatif Digital Sarawak.

Pengurus Besar SMA, Dato’ Dr. Anderson Tiong Ing Heng berkata, perkara tumpuan dalam kerjasama itu ialah membangunkan ‘solution architecture’ membabitkan penyelesaian seni bina identiti digital yang relevan bagi memenuhi keperluan Sarawak.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani, Anderson Tiong berkata, langkah itu merupakan kesinambungan Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik pada Mei lalu.

“Tujuan MoU akan menyaksikan SMA dan IDEMIA menganjurkan pameran untuk menunjukkan penyelesaian teknologi bagi memacu transformasi digital.

“SMA berharap usaha ini akan membawa kesejahteraan kepada rakyat Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan Wilayah Asia Pasifik IDEMIA Malaysia Sdn. Bhd, Gaurav Gupta berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang membantu Kerajaan Sarawak menjayakan inisiatif transformasi digital khususnya dalam bidang inovasi kawalan keselamatan sempadan dan juga keselamatan jalan raya.

“MoU ini merupakan langkah permulaan kepada perjalanan transformasi digital yang mampu mengetengahkan teknologi dan kepakaran IDEMIA dan sebagai sokongan kepada usaha Kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Pertukaran MoU antara SMA dan IDEMIA akan dilakukan sempena Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang akan disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Rabu (4 Oktober). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan