Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal maut di lokasi kejadian. Foto: PDRM

Penunggang maut, motosikal berkuasa tinggi dan pacuan empat roda bertembung

KUCHING, 4 Okt: Seorang lelaki terkorban apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, kemalangan pada kira-kira 9.20 pagi hari ini berlaku di Kilometer 81, Jalan Kuching-Sri Aman.

“Motosikal ini ditunggang oleh seorang lelaki berumur 42 tahun yang merupakan penjawat awam telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tangan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Balai Ringin,” katanya menerusi kenyataan media.

Kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipandu lelaki berumur 66 tahun.

Aswandy berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati dua kenderaan berkenaan bertembung ketika kenderaan pacuan empat roda keluar dari persimpangan jalan sebelah kiri arah menuju ke Sri Aman.

Pemandu pacuan empat roda itu dipercayai hendak masuk ke tempat membuat pusingan ‘P’ di lokasi berkenaan.

Jenazah dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan