Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai diingatkan agar tidak mengklik pautan yang terkandung dalam mesej pautan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Foto Envato.

Pelajar IPTA, pesara guru di Limbang berputih mata jadi mangsa penipuan e-dagang

LIMBANG, 4 Okt: Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang pesara guru di sini menjadi mangsa penipuan ketika membeli belah secara dalam talian baru – baru ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, mangsa terperdaya selepas melihat iklan jualan telefon bimbit berharga RM500 melalui Facebook pada Isnin lepas.

Rugi RM213,700 ditipu dua peminjam wang tidak wujud di Instagram

Katanya, pelajar berusia 22 tahun itu mengalami kerugian RM4,791.

“Pada hari sama, seorang pesara guru berusia 58 tahun lesap RM1,500 kerana terpedaya melihat iklan jualan motosikal lelong berharga RM500 melalui Facebook.

“Kedua- dua mangsa tertarik kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di pasaran,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot.

Kata Parum, mangsa membuat laporan polis setelah barang yang dibeli tidak diterima walaupun membuat bayaran lebih daripada harga yang ditawarkan.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan menawarkan harga barangan terlalu murah.

“Semak nombor telefon dan akaun bank yang diberikan oleh penjual di portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan