Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keberadaan Syahrul Yasin Limpo (kiri) tidak diketahui kerajaan setakat ini. Foto : Kementerian Pertanian Indonesia.

Lokasi Menteri Pertanian, Limpo tidak diketahui – Kerajaan Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 4 Okt: Kerajaan Indonesia tidak mengetahui keberadaan Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo, menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Mahfud Md, lapor Agensi Berita ANTARA.

Pejabat dan rakan sekerja Limpo dilaporkan terputus hubungan dengannya sejak 30 September selepas beliau menamatkan lawatan kerja di Eropah, menurut Mahfud pada Rabu.
Beliau menolak dakwaan bahawa Limpo mungkin cuba melarikan diri daripada siasatan rasuah terhadapnya, memandangkan Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) tidak menamakan Limpo sebagai orang yang disiasat dan polis juga tidak menyenaraikannya sebagai orang dikehendaki .

Mahfud berkata kerajaan akan membantu KPK menyiasat dakwaan rasuah dalam Kementerian Pertanian.

Pada Rabu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menggesa semua pihak supaya menunggu kepulangan Limpo ke tanah air selepas lawatan kerja ke Eropah, selain turut meminta wartawan cuba menghubunginya.

Pada Jumaat (29 September), KPK menggeledah kediaman rasmi Limpo di Jakarta dan menemukan 12 senjata api dan wang kertas bernilai kira-kira Rp30 bilion (kira-kira US$1.9 juta).

Suruhanjaya itu mendakwa terdapat skandal rasuah berkaitan kenaikan pangkat pekerjaan dan penipuan projek melibatkan vendor swasta di Kementerian Pertanian.

Sementara itu pada Selasa, Timbalan Menteri Pertanian Harvick Hasnul Qolbi berkata kementerian itu terputus hubungan dengan Limpo selepas lawatannya ke Itali dan Sepanyol.

Limpo yang berlepas ke Eropah pada 24 September, sepatutnya pulang pada 30 September atau 1 Oktober, kata Qolbi.

Pada Selasa Jokowi melantik Qolbi sebagai menteri pertanian sementara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan