Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar kenangan pada penutupan Forum She-Tech Asia 2023 dan Pelancaran Pledge and Bellina Roadmap di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto: TVS

Wanita terlibat bidang teknologi masih berdepan diskriminasi – Fatimah

KUCHING, 3 Okt: Wanita yang terlibat dalam bidang teknologi masih berdepan diskriminasi, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, antara cabaran yang terpaksa diharungi termasuklah diskriminasi jantina selain jurang gaji yang ditawarkan.

“Bagi mendepani cabaran tersebut, organisasi dalam bidang teknologi perlu mewujudkan persekitaran yang memfokuskan kemahiran dan idea.

“Ini seharusnya menjadi satu – satunya ukuran nilai bagi individu yang terlibat dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Forum She-Tech Asia 2023 dan Pelancaran Pledge and Bellina Roadmap di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, perbezaan jantina tidak seharusnya menjadi penghalang kepada inovasi dalam bidang teknologi.

“Sebaliknya inovasi tersebut harus sentiasa menjadi laluan terbuka untuk setiap individu yang bercita-cita tinggi, tanpa mengira jantina sama ada wanita atau lelaki,” katanya.

Sementara itu Fatimah mahu persekitaran yang saksama, pelbagai dan inklusif untuk wanita dalam teknologi berkembang maju terus diwujudkan.

“Ini seterusnya menyumbang kepada inovasi serta pembangunan sektor tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan