Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya mengepung suspek di kawasan dekat dengan Hotel Siam Kempinski kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum suspek menyerah diri. Foto: AFP

Tiga maut insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok

ByBernama

BANGKOK, 3 Okt: Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan, unit tindakan khas polis berjaya mengesan suspek.

Polis berjaya mengepung suspek di kawasan dekat dengan Hotel Siam Kempinski kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum suspek menyerah diri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan