Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni pada Malaysia Sustainable Development Goals (SDG) Summit 2023. Foto: Awang Azmil (TVS)

Sarawak sasar KDNK RM282 bilion menjelang 2030 – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Okt: Sarawak menyasarkan untuk mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM282 bilion menjelang 2030, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata ini, perkara itu tidak mustahil berdasarkan petunjuk semasa terutamanya peningkatan KDNK Sarawak sebanyak 20 kali ganda sejak 1963.

“(Ketika itu nilai KDNK Sarawak) hanya RM7 bilion dan meningkat kepada RM140 bilion pada 2022.

“Menjelang 2030, saya berharap kita boleh capai RM282 bilion,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang.

Tahun 2022, lonjakan ketara ekonomi Sarawak – Abang Johari

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sepanjang tempoh berkenaan, ekonomi Sarawak telah beralih daripada ekonomi tradisional seperti pertanian dan perhutanan kepada ekonomi yang lebih dinamik.

Sementara itu, beliau turut berkongsi yang purata bulanan pendapatan isi rumah Sarawak telah meningkat sebanyak 3.4 kali ganda kepada RM6,400 pada 2022 berbanding RM1,800 pada 1995.

“Pertumbuhan pendapatan isi rumah ini adalah disebabkan oleh dasar dan pembangunan ekonomi Sarawak yang mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, pembangunan sosioekonomi yang inklusif juga menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan di Sarawak daripada 32 peratus pada 1985 kepada 10 peratus pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan