Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) selepas menutup Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2023 Wilayah Sarawak, hari ini. Foto Bernama.

Sarawak berhasrat contohi China teroka teknologi hijau

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Okt: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mencontohi China bagi mencari kaedah penyelesaian dan inisiatif ke arah penggunaan tenaga yang lebih mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Negara Tembok Besar itu menjadikan penggunaan tenaga solar sebagai pemangkin pertumbuhan China yang lebih lestari.

Sarawak giat usaha tarik pelabur sektor tenaga solar – Awang Tengah

Menurutnya, bekas Ketua iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Christina Figueres sebelum ini telah memaklumkan China merupakan antara negara yang komited dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

“China sedang meneroka penyelesaian baharu dan menghasilkan panel solar sehingga tenaga solar menjadi penggerak kepada mereka untuk lebih hijau.

“Saya pasti Sarawak boleh mengikuti langkah ini tidak lama lagi dan kita juga boleh menjadikan Sarawak yang lebih hijau,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang.

Melalui pelan peralihan tenaga yang sistematik, Sarawak mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dalam menangani perubahan iklim global selaras dengan Perjanjian Paris 2015.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak juga komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui daripada kuasa hidro. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan