Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan pemandangan bandar raya Kuching ketika jerebu baru-baru ini. Foto: TVS

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dilaksanakan dengan tujuan mempercepatkan tindakan yang perlu diambil agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Beliau berkata berdasarkan pelan berkenaan, antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

“Selain itu, semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.

“Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan. Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam,” katanya dalam kenyatan, semalam.

Dalam kenyataan sama, Wan Abdul Latiff berkata setakat 6 petang semalam, IPU menunjukkan satu kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

“Sebelas stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat (101 hingga 200) hari ini iaitu Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Petaling Jaya, Johan Setia, Shah Alam, Klang dan Banting, Selangor; Seremban, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan