Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini, untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak. Foto Bernama.

Kestabilan politik penting untuk tarik pelabur, pulih ekonomi negara – TPM Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 Okt: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mahu semua pihak menjaga kestabilan politik kerana ia memberi kesan besar dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Biodiesel Kelapa Sawit keempat di sini hari ini, beliau berkata pelabur hanya akan datang jika negara mempunyai dasar dan strategi negara yang jelas, selain mempunyai kestabilan politik.

Justeru Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menyeru semua pihak dalam politik bersama-sama berusaha memastikan kestabilan politk negara dengan memberikan pandangan konstruktif bagaimana untuk meningkatkan ekonomi termasuk menarik pelabur luar ke negara ini.

“Saranan dan harapan saya kepada semua tidak kira siapa pun dalam politik ini…  bila hendak berbahas dan berpolitik pastikan berasaskan kepada pembangunan.

“Kalau asyik bertukar kerajaan sudah pasti pelabur tidak akan datang,” kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim semalam mengenai ada pihak tidak senang hati dan mahu memecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai semalam, berkata ini kerana kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu gabungan yang mantap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan