Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pada masa ini, kadar sara diri bagi beras di Sarawak adalah kira-kira 36 peratus. Foto: TVS

Ikhtiar tingkatkan pengeluaran beras di Sarawak

KUCHING, 3 Okt: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak dalam proses mencari kaedah terbaik dalam meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi mengimbangi import beras.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pada masa ini, kadar sara diri bagi beras negeri adalah kira-kira 36 peratus.

“Ini bermakna kita perlu mengimport kira-kira 60 peratus beras untuk menampung keperluan kita dan kita mahu mengurangkan defisit itu,” katanya pada sidang media sempena penganjuran Federation of Asean Veterinary Association (FAVA) Congress 2023 di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau akan erjumpa dengan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bagi membincangkan bagaimana kita boleh meningkatkan pengeluaran beras.

Langkah ini penting ekoran senario global yang menyaksikan beberapa negara pengeluar mula mengawal jumlah eksport beras, jelasnya.

Dr Rundi berkata harga beras import naik baru-baru ini kerana cabaran seperti cuaca buruk yang dihadapi oleh pembekal utama beras seperti India dan China.

“Negara-negara ini juga mempunyai populasi yang besar, jadi kita faham mengapa mereka cuba mengawal eksport dan menaikkan harga,” katanya.

Beliau berkata pengeluaran padi di Sarawak semakin berkurangan sejak beberapa tahun lepas setelah petani memilih tanaman dan komoditi lain seperti kelapa sawit.

“Kita tidak boleh mengawal petani beralih ke tanaman atau komoditi lain. Kita mesti menjelaskan kepada mereka bahawa terdapat banyak lagi tanaman bernilai tinggi yang lebih mudah untuk dijaga seperti cili. Ini juga akan membantu dalam aspek keterjaminan makanan kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan