Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Soo In Lee semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Enuma Inc sedia jalin kerjasama dengan Sarawak perluas pendidikan STEM di prasekolah

KUCHING, 3 Oktober: Syarikat teknologi pendidikan, Enuma Inc yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat sedia bekerjasama dengan Sarawak untuk memperluaskan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat prasekolah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Soo In Lee berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Yayasan Hassanah untuk melakukan program pendidikan tersebut di 10 hingga 15 institusi pendidikan awal kanak-kanak.

“Kita mungkin boleh memperluaskan pendekatan pendidikan (STEM) ini di peringkat prasekolah kerana kita mempunyai peranti khas dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan di peringkat prasekolah.

“Ia akan banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak di prasekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, In Lee berkata pihaknya berkongsi perkembangan terkini mengenai peranti digital AI yang digunakan oleh syarikatnya untuk meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan STEM.

Malah Enuma Inc turut bercadang untuk mengembangkan penggunaan sistem tersebut di institusi pendidikan awal kanak-kanak sebagai persiapan awal untuk menguasai bidang berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan