Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bergambar selepas menutup Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2023 Wilayah Sarawak, hari ini. Foto Bernama.

ART hidrogen pertama di dunia buktikan Sarawak terima teknologi baharu lebih bersih

ByArrianne Jo

KUCHING, 3 Okt: Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah yang membanggakan bagi memerangi perubahan iklim dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Ekonomi berkata, penekanan wilayah ini terhadap aspek kelestarian itu dipacu oleh idea Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ART Sarawak jalani ujian percubaan pertama

Kata Hanifah, kepimpinan Abang Johari yang berwawasan dalam aspek pembangunan mampan bukan sahaja menjadi contoh untuk diikuti oleh negara lain malah menyumbang manfaat besar kepada rakyat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi serta semua yang menyokong usaha cemerlang ini,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2023: Wilayah Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Abang Johari, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang.

Mengulas lanjut, Hanifah berkenaan inisiatif seperti promosi ke arah penggunaan tenaga elektrik berkuasa hidro, penggunaan, penyimpanan dan pemerangkapan karbon, pencipataan bahan api penerbangan mampan melalui mikro agla dan perlaksanaan Sistem Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen pertama di dunia membuktikan komitmen Sarawak mengurangkan jejak karbon.

“(Ini juga membuktikan Kerajaan Sarawak) menerima teknologi baharu yang lebih bersih dan hijau,” katanya.

Sementara itu Hanifah berkata, pembangunan mampan mempunyai kepentingan kepada Sarawak dan kepimpinan hari ini tanpa berlengah melaksanakannya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.

“Kerajaan Sarawak telah mendahului dalam aspek pembangunan mampan dengan dasar melindungi alam sekitar namun pada masa sama memastikan rakyat tidak ketinggalan pada era ekonomi baharu berteraskan digital ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan