Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu. Foto fail: Bernama

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

ByBernama

BENTONG, 3 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata ini kerana kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu  gabungan yang mantap.

“Kerana apa nak pecahkan, (kerana) mereka cemburu, kerana sudah berapa lama (di negara ini) kita belum ada kekuatan yang sebegitu rupa, memang ada usaha yang mahu pecahkan gabungan ini.

“Tapi yang penting Kerajaan Perpaduan ini stabil, untuk apa? Untuk kita bangkitkan ekonomi, untuk apa? Untuk bawa pelaburan luar masuk, untuk apa? Untuk kita bela nasib rakyat, pelabur pun dah yakin dengan Kerajaan Perpaduan, jadi jangan kacau, jangan rosakkan. Nak kacau tunggu empat tahun lagilah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini malam tadi.

Tambah Anwar kebersamaan di dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjaya memberi kestabilan politik, malah berupaya menghasilkan dasar yang jelas untuk pembangunan negara.

Katanya dalam tempoh sembilan bulan pemerintahan, Kerajaan Perpaduan berjaya membawa manfaat seperti dasar ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Malah pelaburan tahun ini pun adalah yang paling tinggi dalam sejarah kita dan ingat ini belum pun hujung tahun lagi,” katanya.

Anwar turut menzahirkan keyakinan BN akan mampu mempertahankan kerusi DUN  Pelangai.

PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan