Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses mengembalikan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dibentang dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 9 Okt hingga 30 Nov ini. Foto Bernama.

Proses kembalikan wakil Sabah,Sarawak dalam Ahli Lembaga LHDN dibentang di Dewan Rakyat

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Okt: Proses mengembalikan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dibentang dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 9 Okt hingga 30 Nov ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi mengemukakan perkara tersebut, Rang Undang-Undang (RUU) LHDN (Pindaan) 2023 akan dibentangkan.

Beliau berkata pembentangan itu penting dalam usaha mengukuhkan proses tersebut menerusi perundangan, setelah pelantikan wakil daripada Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga LHDN dilakukan secara pentadbiran sejak tahun lepas.

“Kabinet Persekutuan pada 5 Jun lepas telah meluluskan (cadangan) untuk dilaksanakan pindaan kepada Akta LHDN melalui RUU tersebut bagi melantik wakil Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Lembaga LHDN.

“Kita tahu pentingnya kenapa (perlu) ada perwakilan (dari) Sabah dan Sarawak supaya Sabah dan Sarawak mempunyai akses kepada maklumat berkaitan dengan kutipan hasil untuk menuntut perkara-perkara lain, contohnya yang berkaitan dalam pemberian khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Wacana Madani bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah dalam Malaysia, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata langkah itu adalah komitmen kerajaan Persekutuan yang menggambarkan kehendak politik bagi memaknai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam menyelesaikan isu-isu yang tertangguh dalam perjanjian tersebut.

Beliau berkata perkara itu adalah antara isu yang tertangguh dalam MA63 dan telah dibangkitkan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63 pada 18 Okt tahun lepas.

Keanggotaan wakil Sabah dan Sarawak itu terhenti apabila LHDN dan undang-undang berkaitan dimansuhkan dan dikawal selia oleh Jabatan LHDN bermula pada 1967, sebelum diteruskan oleh LHDN yang ditubuhkan pada 1996 di bawah Akta LHDN.

Dalam pada itu, Armizan turut mengingatkan semua pihak agar memaknai perjuangan dalam tuntutan MA63 supaya ia dapat dilaksanakan menerusi kesatuan dan Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan serta laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan