Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh di Mexico. Foto hiasan: Envato

Mexico: Tujuh maut, 10 cedera bumbung gereja roboh

ByBernama

BANDARAYA MEXICO, 2 Okt: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh, di bandar raya Ciudad Madero, di Tamaulipas, Mexico, lapor Sputnik.

“Akibat kemalangan itu, tujuh orang disahkan maut. Selain itu, 10 yang cedera telah diselamatkan dan dipindahkan (ke hospital),” kata jabatan serantau Kementerian Keselamatan Awam pada Ahad.

Menurut media Mexico, bumbung gereja itu roboh semasa upacara pembaptisan sedang diadakan dan jumlah sebenar orang yang berada di dalam bangunan itu tidak dapat dipastikan.

Kementerian itu berkata punca kejadian dipercayai akibat “kegagalan pada struktur bangunan.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan