Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pendidikan Malaysia, Lim Hui Ying menyampaikan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada SJKC Bulat. Foto: TVS

KPM salur RM360,000 selenggara tiga sekolah di Sarikei

SARIKEI, 2 Okt: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM360,000 untuk penyelenggaraan tiga buah sekolah di Sarikei dan Bintangor.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, ini bagi memastikan pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Jelasnya, tiga buah sekolah berkenaan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Hua yang menerima RM140,000, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua RM120,000 dan SJKC Bulat RM100,000.

“Kerajaan berharap peruntukan ini dapat  dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi manfaat seluruh warga sekolah terutama golongan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat SJKC Bulat di sini hari ini.

Sementara itu, Hui Ying berkata, tujuan lawatan beliau ke sini juga bertujuan memantau kerja-kerja penyelenggaraan di semua sekolah yang terlibat.

“Pada masa yang sama, saya juga telah melawat beberapa sekolah berstatus kerajaan (SBK) yang mana menerima peruntukan RM70,000 daripada kerajaan untuk menaik taraf tandas,” katanya lagi.

Terdahulu, Hui Ying turut melawat beberapa sekolah di Miri, Bintulu, Bau dan Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan