Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik rundingan Kerajaan Sarawak dengan KPM untuk atasi masalah kekurangan guru di wilayah ini. Foto hiasan, Muhammad Rafiq (TVS).

Kerajaan Sarawak sediakan RM2 bilion untuk pendidikan sejak 2017

ByHafeezzur Muzamir

BETONG, 2 Okt: Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan lebih RM2 bilion untuk sektor pendidikan sejak 2017.

Sarawak bangunkan sektor pendidikan menerusi peruntukan besar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, pelaburan itu untuk pelbagai tujuan pembangunan melibatkan infrastruktur pendidikan.

Kata beliau, ini termasuk menubuhkan sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak, penawaran biasiswa dan bantuan pendidikan selain melaksanakan pelbagai inisiatif serta program pendidikan.

Abang Johari minta Kementerian Pendidikan ikut standard Sarawak bina sekolah baharu

“Meskipun tanggungjawab sektor pendidikan sepatutnya dipikul oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak tetap menyediakan peruntukan besar bagi memperkasa sektor pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapee pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam, di sini, hari ini.

Dr Annuar Rapaee (kiri) dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) ketika hadir pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam di Betong, hari ini. Foto: UKAS

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyaluran peruntukan itu menunjukkan Kerajaan Sarawak komited membangunkan sektor pendidikan untuk masa depan anak-anak Sarawak.

“Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan yang besar melalui komitmen jangka masa panjang untuk melatih guru-guru dan juga pembangunan projek sekolah baharu.

Abang Johari minta Kementerian Pendidikan ikut standard Sarawak bina sekolah baharu

“Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menyediakan peruntukan yang besar melalui pelbagai program untuk membangunkan sekolah-sekolah yang mempunyai keperluan mendesak untuk berpindah, membaiki atau membina bangunan atau fasiliti sekolah,” katanya.

Beliau menjelaskan, antara projek pembangunan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak termasuklah projek Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan, Bintulu, SK Merpati Jepang dan SK Pulo, Kuching, SK Penasu di Daro, SK Sageng dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong, Simunjan dan SK Maludam -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan