Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Maludam, Betong, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Kerajaan Sarawak bina 46 makmal STEM di setiap daerah – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

BETONG, 2 Okt: Kerajaan Sarawak akan membina makmal Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) untuk kegunaan pelajar sekolah yang mengambil mata pelajaran itu di semua daerah di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan makmal itu bertujuan bagi memastikan anak Sarawak yang mengambil subjek STEM mendapat pendedahan praktikal secukupnya.

46 makmal STEM dibina di seluruh Sarawak.

“Saya lihat di sekolah menengah, tidak ada makmal sains. Jika belajar subjek sains mesti belajar asas, baru STEM itu difahami. Ini belajar STEM tetapi tiada praktikal.

“Saya buat keputusan di setiap daerah, kita akan bangunkan makmal yang dikongsi oleh semua sekolah. Kita ada 46 daerah di Sarawak, bermakna 46 makmal akan dibangunkan dengan dibiayai Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Maludam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, langkah untuk menubuhkan makmal itu juga diambil pihaknya bagi membantu pelajar dalam kalangan Bumiputera yang dilihat ketinggalan berbanding etnik lain dalam subjek STEM.

“Dalam subjek STEM ini, kita lihat insan yang lemah dalam STEM adalah masyarakat Bumiputera. Mengikut statistik, masyarakat Bumiputera tidak dapat mengikuti subjek tersebut disebabkan tiada kemudahan.

“Kita mahu angkat martabat anak Bumiputera, untuk itu kita mesti berikan prasarana dan kemudahan yang secukupnya kepada mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, Abang Johari memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak akan mewujudkan makmal berkongsi di bahagian Marudi untuk pelajar yang belajar mata pelajaran STEM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan