Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika melepaskan anak benih udang di Loba Stoh Rambungan, Lundu, hari ini.

3 juta ekor benih udang putih dilepaskan di Loba Stoh, Rambungan

ByMadeline Dugat

LUNDU, 2 Okt: Sebanyak tiga juta ekor benih udang putih dilepaskan di kolam penternakan di Loba Stoh Rambungan untuk Rambungan Aqua Life Sdn Bhd hari ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, industri akuakultur di sini mempunyai masa depan yang cerah.

3 juta anak benih udang putih dilepaskan di Loba Stoh.

Kata beliau, kegiatan penternakan udang itu tidak terhad di Lundu sahaja malah boleh dikembangkan di beberapa kawasan lain di Sarawak.

“Kita perlukan sekurang-kurangnya 7,000 hektar tanah (dan) masih ada tanah yang boleh dibangunkan (untuk penternakan udang) bukan sahaja di Kuching malah di Tanjung Manis, Limbang dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pelepasan anak benih udang itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Mengulas lanjut, Stephen Rundi berkata, tumpuan Kerajaan Sarawak terhadap industri akuakultur selaras dengan hasrat menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sementara itu, Abdul Rahman Ismail berkata, projek berkenaan secara keseluruhan membabitkan penternakan di kolam udang seluas 298 hektar yang dilaksanakan melalui kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Sea Horse Corporation.

Katanya, kolam penternakan udang berkenaan merupakan yang terbesar di Malaysia.

“Selain itu, sebanyak 94 lagi kolam baharu akan dibina di kawasan seluas 298 hektar di Loba Stoh dan dijangka dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Ujarnya, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk menjadikan Loba Stoh Rambungan sebagai kawasan agropelancongan akuakultur.

“Projek ini dijangka bermula pada tahun depan dengan merangkumi komponen Shrimp Information Centre, restoran, e-shop peladang, taman permainan kanak-kanak serta kolam Ikan Siakap berkeluasan dua hektar untuk aktiviti memancing,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan