Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Kanowit petang tadi. Foto: BBP Bintangor

Tragedi Sungai Kanowit Nanga Meluan, remaja lemas, rakan masih hilang

SARIKEI, 1 Okt: Seorang remaja lelaki lemas manakala rakannya hilang ketika mandi di Sungai Kanowit Nanga Meluan, dekat sini, hari ini.

Mayat Abdul Rezan Abdul Jalil, 15, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 20 meter dari tempat dia dilaporkan tenggelam pada 5.47 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, rakan mangsa, Ferdinand Raymond Jiram, 16, masih hilang dalam kejadian itu.

Kanak-kanak lelaki 6 tahun jatuh Sungai Debak ditemukan lemas

“Menurut saksi, Abdul Rezan cuba untuk menyeberangi sungai namun gagal.

“Ferdinand Raymond cuba menyelamatkannya namun turut hanyut dibawa arus,” jelas kenyataan berkenaan.

Terdahulu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan memaklumkan kejadian itu.

PGO turut memaklumkan, operasi SAR menggunakan bot milik penduduk kampung menggunakan teknik pencarian atas permukaan air sebelum berjaya menemui mangsa pertama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan