Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir pada Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 di sini, hari ini. Foto: UKAS

Sarawak mulakan kajian pendidikan percuma universiti – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

SRI AMAN, 1 Okt: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah diminta memulakan kajian untuk menawarkan pendidikan percuma kepada anak Sarawak di peringkat pengajian tinggi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah mengarahkan menteri bertanggungjawab untuk segera melakukan kajian bagi menentukan kemampuan Sarawak menawarkan perkara berkenaan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Sarawak mulakan kajian pendidikan percuma.

“(Di peringkat permulaan Menteri Pendidikan, Inonasi dan Pembangunan Bakat Sarawak) Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Timbalan Menteri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Dr. Annuar Rapaee akan melihat pendidikan percuma di peringkat universiti kepada rakyat Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti milik Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pesta itu yang berlangsung bermula 29 September hingga hari ini dianjurkan sempena kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak di Simanggang.

Lebih 50,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjurannya.

Mengulas lanjut, Abang Johari optimis, pemberian pendidikan percuma berkenaan mampu dilakukan menjelang 2026 memandangkan pendapatan Sarawak semakin memberangsangkan.

“Berdasarkan data yang diperolehi, kita akan memberi pendidikan tertiari percuma pada 2026.

“Saya yakin ia boleh dilakukan selepas mencongak kekuatan ekonomi kita (Sarawak) pada 2026 nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut berkeyakinan pendapatan Sarawak pada tahun ini akan meningkat melebihi RM12 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan