Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah Kerja-kerja Pakej B2A Projek Batang Kedua di sini, hari ini. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Projek naik taraf jalan di Pekan Simanggang kepada lebuh raya bermula 6 Okt

ByHafeezzur Muzamir

SRI AMAN, 1 Okt: Pakej B2A Jalan Utama Kedua yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan utama kedua di Pekan Simanggang kepada dua lebuh raya akan bermula 6 Oktober ini dan dijangka siap menjelang April 2026.

Majlis pecah tanah projek berkenaan telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan kerja sehari beliau di sini, hari ini.

Projek itu yang menelan belanja RM 60,905,550 telah dianugerahkan kepada Golden Throne Construction Sdn Bhd sebagai kontraktor dan KTA Sdn Bhd bertindak sebagai perunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

Untuk rekod, Jalan Batang Kedua itu merupakan projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak bertujuan mengurangkan masa dan jarak perjalanan dari selatan ke tengah Sarawak dengan menghubungkan Rangkaian Jalan Pesisir dengan Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

Projek yang dianggarkan menelan belanja RM 5.58 bilion itu akan bermula dari Kota Samarahan dan melalui Simunjan dan Sebuyau.

Setelah siap, lebuh raya baharu itu akan mengurangkan jarak perjalanan antara Kuching dan Sibu kepada hanya 225 kilometer (km), berbanding 312 km melalui Rangkaian Jalan Pesisir dan 400 km melalui LPB.

Turut hadir pada majlis pecah tanah itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan