SRI AMAN, 1 Okt: Seorang pemandu pacuan empat roda berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Jalan Sri Aman-Serian berhampiran Kampung Temudok dekat sini petang tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3, Penguasa Bomba Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, mangsa yang berusia 38 tahun segera memberhentikan kenderaannya di tengah jalan untuk menyelamatkan diri.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi kejadian pada 6.02 petang terus melakukan operasi pemadaman menggunakan satu saluran bantu mula pam jentera bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, pasukan BBP Sri Aman mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api dan berjaya mengelakkan kenderaan itu mengalami kemusnahan lebih teruk.
Operasi ditamatkan pada 6.12 petang. -TVS