Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyampaikan ucapan semasa Majlis Penutupan Agrofest 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, hari ini. Foto: TVS

Lebih 300 000 kunjungi Sarawak Agrofest 2023

KUCHING, 1 Okt: Penganjuran Sarawak Agrofest 2023 berjaya menarik kehadiran pengunjung melebihi 300,000 sepanjang 10 hari berlangsung.

Sehubungan itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom menyifatkan penganjuran Agrofest 2023 berjaya kerana mengatasi jumlah kehadiran pengunjung yang disasarkan pihaknya.

“Sasaran awal kehadiran pengunjung hanya 100,000 orang namun meningkat kepada 300,000 orang.

“Apa yang kita mahu lihat ialah impak kepada orang ramai.

“Kita melihat pengunjung berduyun-duyun datang ke Sarawak Agrofest 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Agrofest 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petrajaya Kuching di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Stephen Rundi berkata, acara berkenaan juga berjaya mencatatkan jualan langsung mencecah RM3 juta.

Kata beliau, pengunjung ingin melihat perubahan dan impak yang dilakukan untuk keselamatan pertanian.

“Masyarakat menunggu hasil berhubung usaha kita memajukan pertanian,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Sarawak Agrofest 2023 merupakan platform terbaik bagi melihat hasil tanaman dan pertanian moden.

“Semasa melancarkan Agrofest 2023 tempoh hari, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu kita mempertingkatkan hasil pertanian dan penternakan.

“Antara saranan yang diberikan oleh Abang Johari ialah supaya mempertingkatkan kefahaman bahawa penternakan dan pertanian bukan untuk sara hidup semata – mata malah melibatkan pencarian aset,” katanya.

Peniaga buah raih jualan RM12 ribu sehari di Sarawak Agrofest 2023

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penganjuran Agrofest 2024 akan memberi peluang kepada lebih ramai petani, usahawan dan peniaga mempamerkan produk tani masing – masing.

“YAB Premier Sarawak telah bersetuju untuk menganjurkan Sarawak Agrofest 2024 pada skala lebih besar,” katanya.

Beliau menambah, Abang Johari juga bersetuju mini agrofest diadakan di bahagian di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan