Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedict (tengah) ketika sesi sidang media selepas Majlis Perasmian Kampus Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Bangunan Sarawak Plaza di Kuching. Foto: TVS

KUSKOP harap peruntukan lebih tinggi Belanjawan 2024, perkasa PKS dan koperasi

KUCHING, 1 Okt: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap akan menerima peruntukan lebih tinggi menerusi Belanjawan 2024.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ini bagi memastikan pembangunan dan pemerkasaan sektor keusahawanan dan koperasi di seluruh negara berjalan lancar.

KUSKOP kaji tubuhkan IKMa di Sarawak, Sabah

Kata beliau, KUSKOP telah menyerahkan 54 cadangan inisiatif dan keperluan kementerian berkenaan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

“Cadangan itu hasil pandangan dan libat urus bersama pemengang taruh dan pemain industri di bawah seliaan KUSKOP dan saya berpendapat, adil bagi kementerian mengemukakan jumlah lebih besar berbanding tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kampus Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Cawangan Sarawak di sini.

Kampus tersebut merupakan kampus ketiga INSKEN selepas kampus utama di Cyberjaya dan Kampus cawangan Sabah di Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, cadangan yang diterima kementeriannya diperolehi berdasarkan sesi libat urus yang dilakukan dengan pemain industri termasuk penjaja, koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana.

Beliau menambah, menerusi Belanjawan 2023, KUSKOP diperuntukkan RM732 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sektor keusahawanan dan koperasi di seluruh negara. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan