HANGZHOU, 1 Okt: Hasrat gandingan penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold untuk mencipta sensasi tidak kesampaian apabila terlepas memenangi pingat perak acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini malam ini.
TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024
Bertrand-Enrique dipintas pada saat akhir oleh pasangan Korea Selatan Yi Jaegyeong-Kim Yeongam sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa pada final yang berlangsung di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
Selepas mempertahankan kedudukan kedua sepanjang lima terjunan dengan meraih 317.76 mata, sedikit kesilapan pada terjunan terakhir meranapkan impian gandingan negara itu apabila sekadar mengumpul keseluruhan 386.07 mata untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024
Yi-Kim mengesahkan perak dengan mengumpul keseluruhan 387.78 mata.
Pasangan tuan rumah Yang Hao-Lian Junjiee seperti dijangka tidak berdepan masalah merangkul emas selepas cemerlang mengumpul keseluruhan 492.63 mata untuk menceriakan penyokong tuan rumah yang memenuhi venue pertandingan.
TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024
Kejayaan dilakar Bertrand-Enrique bagaimanapun memperbaiki pencapaian Malaysia dalam acara itu selepas gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya menduduki tempat kelima pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Pencapaian terbaik negara adalah meraih perak menerusi gandingan Bryan Nickson Lomas-Ooi Tze Liang pada edisi 2010 di Guangzhou, China. -TVS