Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) dan Datuk Snowdan Lawan (kanan) melawat Galeri Rumah Sri Aman di sini, hari ini. Foto: UKAS

Dokumen asal Deklarasi Sri Aman 1973 bakal dipamer di Galeri Rumah Sri Aman

ByHafeezzur Muzamir

SRI AMAN, 1 Okt: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mempamerkan dokumen asal Deklarasi Sri Aman 1973 di Rumah Sri Aman yang diwartakan sebagai sebuah galeri berkuat kuasa hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dokumen itu merupakan bahan sejarah penting dimiliki Sarawak yang menyaksikan termeterainya perjanjian damai antara Kerajaan Sarawak dan Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) pada 21 Oktober 1973.

“Saya telah minta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki untuk mencari dokumen itu kerana ia merupakan bahan sejarah yang penting iaitu detik PARAKU mengaku kalah dan kita (Sarawak) mula menikmati keamanan yang dikecapi pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 di sini, hari ini.

Untuk rekod, dokumen berkenaan merupakan perjanjian damai yang dimeterai antara Kerajaan Sarawak yang diwakili oleh Ketua Menteri ke-3, Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub dan Pengarah dan Komisar PARAKU, mendiang Bong Kee Chok di Rumah Sri Aman.

Pengisytiharan deklarasi berkenaan telah menyaksikan berakhirnya konflik antara Kerajaan Malaysia dan pihak komunis dan ia diiktiraf sebagai detik penting perubahan dalam sejarah rantau ini – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan