Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini. Foto: Bernama

Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 1 Okt: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.

Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lepas.

Tirai sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.

Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan PAS dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan