Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Fazzrudin Abdul Rahman ketika hadir pada Program Jalinan Kasih di Dewan Serbaguna SUPP Sungai Tengah, Matang di Kuching pada Ahad. Foto: TVS

70 peratus kes keganasan rumah tangga Sarawak berkait isu dadah

KUCHING, 1 Okt: Hampir 70 peratus kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di Sarawak berkait dengan isu penyalahgunaan dadah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, statistik berkenaan bukan hanya melibatkan pasangan suami isteri malah membabitkan keganasan anak terhadap ibu.

“Baru-baru ini Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) sebut Sarawak berada tangga ketiga tertinggi dalam kes keganasan rumah tangga.

“Mengambil kira statistik berkenaan, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah drastik dengan mengisytiharkan dadah sebagai musuh utama di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyerahkan bantuan makanan kepada wakil 180 penerima Program Jalinan Kasih di Dewan Serbaguna SUPP Sungai Tengah, Matang di Kuching sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Nancy sebelum ini memaklumkan sebanyak 3,640 kes keganasan rumah tangga dicatatkan di seluruh negara bermula Januari sehingga Ogos tahun ini.

Kata beliau, jumlah kes masih tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Menurut statistik berkenaan, Sarawak merupakan negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Kedah dalam jumlah kes keganasan rumah tangga dari 2020 sehingga Ogos 2023 iaitu dengan 2,192 kes.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan